Sabtu, 11 November 2023

HATI Ini cuma RINDU: REDHA dengan Pemergian & Kehilangan orang tersayang

Kehilangan seseorang yang kita sayang sama ada melalui kematian terutamanya secara mengejut adalah sesuatu pengalaman yang amat perit. 22 Disember 2009, mak pergi secara mengejut akibat sesak nafas. SUNGGUH…Hilang separuh nyawaku yang ketika itu baru membina kerjaya di UiTM Shah Alam. Sesungguhnya perit dan rindu yang kami anak-anak alami saat itu, pastinya lebih perit lagi untuk abah hadapi kehilangan ISTERI selepas lebih 30tahun mengemudi rumahtangga bersama. Dari situ aku cari kekuatan dan serahkan seluruh jiwaku buat abah tersayang.  Hari berganti hari..minggu berganti minggu..bulan dan tahun berlalu.. 

Rumah baru Mak.. Tenanglah Mak disana...HATI Ini cuma RINDU..


Namun..selepas 14tahun abah hidup tanpa isteri, 10 Ogos 2023 lalu..abah pula meninggalkan aku..cucu-cucunya dan kami semua secara mengejut apabila abah terlibat kemalangan meninggal ditempat kejadian dihadapan masjid ketika hendak menunaikan solat Subuh (motosikal dilanggar dari arah belakang).. ALLAH… Luluh….Merintih hati dan jiwaku ini bila separuh lagi nyawaku pergi. Namun kakak, abang dan adikku masih bersamaku.. Syukur ya ALLAH.. dan kehilangan kali ini, aku ada suami dan anak-anak.. Dari situ aku cari lagi kekuatan dan serahkan seluruh jiwaku buat suami dan anak-anak. Ya…sejak itu, setiap kali SUBUH..perasaan sayu pasti menyelubungi diri dan membuat aku lebih dekat dengan ALLAH. Ya.. cara hidup abah yang banyak mengamalkan sunnah nabi memberikan kekuatan untuk aku mengamalkannya juga. BENAR…


Rumah baru Abah.. Tenanglah Abah disana...HATI Ini cuma RINDU..

Cuba berdamai dengan takdir.. Belajar sedikit demi sedikit untuk menerima kehilangannya.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI, TEGUHKAN SEMANGAT, KUATKAN TEKAD. 

Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula.

Tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak... mereka punya masa depan. Di tangan mu kini segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Rasullullah saw juga di uji. Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun Rasulullah saw redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

KATAKAN PADA DIRIMU…

Buat masa ini sibukkanlah diri mu. BERIBADAHLAH SEHINGGA KAU LETIH UNTUK MERASA SEDIH. Gembirakanlah hati mu. Carilah ilmu dan peluang kebaikan yang banyak bertaburan. KIRIMKAN KHABAR GEMBIRA (HADIAH) kepada kedua IBUBAPAMU atas setiap kebaikan yang kau lakukan.. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, sedekahkan AL-FATIHAH, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan.

Sentiasa bisikkan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. KITA CUMA HAMBA, PADA KITA CUMA USAHA, PADANYA SEGALA TAKDIR.. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. 

Bila terasa sepi, JANGAN katakan aku SEPI… tapi katakan.. pada ku SENTIASA ada PEMERHATI. Bila ujian semakin menghimpit diri, pejamkan matamu dan kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh ujian paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian. Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah yang penuh liku, tanpa ibu-bapa tetapi mampu menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabat Rasulullah. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. 

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi. 

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… SUBHANALLAH, TABAHNYA HATIMU YA RASULULLAH. KEMATIAN DEMI KEMATIAN, TETAPI KAU TERUS HIDUP DENGAN HATI YANG BERJUANG. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi NYALAAN OBOR perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  

SIAPALAH KITA UNTUK TERUS BERSEDIH DAN MERATAP KEMATIAN???

Untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? 

Ya, JANGAN BERGANTUNG KEPADA SELAIN-NYA Hanya bergantung kepada-Nya. LALU JIKA KINI KITA SEDANG DIUJI DENGAN KEMATIAN, KENANGKANLAH HIDUP KEKASIH ALLAH, RASULULLAH  s.a.w. Hayatilah dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya, agar terubat kesedihan di hati.

Berpadalah Meratapi Kematian Orang Tersayang. Banyakkan Doa dan Muhasabah, Kurangkan MENGENANG

Mengenang orang sudah tiada tidaklah salah tetapi jika dilakukan dengan perasaan takjub dan taksub, ia boleh membawa mudarat. Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Namun, itulah bezanya jiwa seorang Muslim dengan orang kafir dalam menerima kematian sebagai ujian di dunia semata.

Beruntunglah kalian yang masih punya ibuayah. Jagalah mereka, gembirakan selama mana mereka masih hidup, kerana itulah ladang PAHALA buat kalian.

Memberi nasihat memang mudah, yang mengalami sahaja merasainya.. Teruskanlah bermujahadah, tak mengapa jika kalah... TAPI JANGAN PERNAH MENYERAH.

ALFATIHAH BUAT MAK ABAH... 

Ibuku: ROKIAH BINTI RAMLI (03-04-1957~22-12.2009) - (52Thn)
Abahku: ISMAIL BIN ZAKARIA (02-04-1952~10-08.2023) - (71Thn)

HATI Ini cuma RINDU
BERDAMAI dengan TAKDIR

WASSALAM..






1 ulasan:

  1. Hati ini hanya rindu.. buat air mata mengalir tnpa sedar..

    BalasPadam