Jumaat, 2 Disember 2016

Fikir Tapi Jangan Khuatir

Kerana....

Sesiapa yang khuatir tentang hari esok, akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya sesiapa yang berfikir untuk hari esok, akan memanfaatkn peluang pada hari ini..

Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu masih samar.

Masa lalu→ telah menjadi memori;
Masa depan→masih ilusi.
Hidup hakiki ialah hari ini→Itulah yang realiti.
Kata cerdik pandai:
“Beradalah di tempat kamu berada.” Maksudnya, jangan lari dari realiti.
Usah absent minded.

Hidup dan beradalah dalam hari ini.
Jangan khuatiri hari esok.
Jangan bimbangkan hari semalam.

Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka adalah individu yang tidak berangan-angan tetapi menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.

Generasi solehin itu tidak terdera oleh percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba kabur. Mereka adalah insan produktif. Sikap yang dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasulullah s.a.w.:
” Jika kamu berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang"



Pernah suatu malam Nabi s.a.w. agak rimas ketika hendak tidur. Ketika ditanya oleh isterinya mengapa, baginda bersabda:
“Aku risaukan dua tiga keping dirham yang masih tinggal dalam rumah ini. Takut-takut aku dipanggil oleh Allah (mati) dalam keadaan dirham itu tidak aku sedekahkan.”

Baginda juga pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda berasa tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula. Bila baginda menarik nafas, baginda tidak yakin apakah akan dapat melepaskannya semula.

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam (sunnatullah) menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.

Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah. Inilah hikmah mengapa Qada’ dan Qadar Allah dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup tanpa diganggu walau sedikit pun pengetahuan tentang masa depan.

Dapatkah seorang yang sihat makan dengan enak jika mengetahui pada hari esoknya dia akan mati mengejut? Manusia boleh hidup dengan aman tanpa mengetahui tentang masa depannya. Madah pujangga:
 “Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir…tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.”

Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak! Life made it simple!.

Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.
fikirkan hari esok, tapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir.
Mungkin sama banyaknya beza antara angan-angan dan cita-cita.

Berprasangka baiklah dengan ALLAH dan terus tunaikan tangungjawab masing-masing..

Beristighfar untuk masa lalu..
Bersyukur untuk hari ini..
Berdoa untuk hari esok...

wassalam...

Khamis, 14 Januari 2016

ANAK-ANAK MENCERMINKAN DIRI KITA...

Mari kita didik anak2 dengan tegas, tapi mestilah dengan penuh kasih sayang....

 
Jika anak-anak hidup dalam penipuan,
mereka akan belajar bersikap tidak jujur..
Jika anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika anak-anak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika anak-anak hidup  dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak-anak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika anak-anak hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika anak-anak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia.
Jika anak-anakhidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.
Jika anak-anak hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar kasih sayang.
Jika anak-anak hidup dalam keriangan & kebhgiaan,
mereka akan belajar untuk mbahagiakan orang lain...
 
Anak-anak adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai yang ALLAH pinjamkan pada kita di DUNIA ini.. sebagai medium untuk kita mengutip pahala serta buat bekalan di AKHIRAT nanti.
 
Kita sering terlupa... sebenarnya.. ANAK-ANAK membesar dengan meneladani atau mencontohi sikap..tngkahlaku ibubapa dari pandangan mata kecil mereka mereka yang jernih... 
 
Ada dikalangan ibu bapa yang selalu mendominasi iaitu bersikap autokratik akan memastikan anak-anak mereka mengikut segala arahan dan akan marah sekiranya anak-anak tidak mengikut dan melaksanakan arahan tersebut. Sikap ini menjadikan anak-anak bersikap dominan, memberontak dan suka membuli kanak-kanak yang lain. 
 
Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak pula akan berdepan dengan kesan anak-anak yang pasif dan terlalu bergantung. Anak-anak ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dan mengharapkan ibu bapa dalam semua keadaan dalam kehidupan.
 
Ibu bapa yang terlalu memberikan kebebasan dan tidak membimbing serta mendidik  anak-anak mereka pula akan berdepan dengan anak-anak yang tiada keyakinan diri dalam menghadapi konflik serta selalu membuat tafsiran yang negatif.  
 
Manakala ibu bapa yang selalu bertoleransi, bersikap demokrasi iaitu sentiasa berbincang, mencari persetujuan dan kata sepakat akan melahirkan anak-anak yang sangat positif, berkeyakinan diri dan mampu memimpin masyarakat.
 
Kesinambungan dari gaya pendidikan ibu bapa akan memberikan kesan gaya hidup kepada anak-anak iaitu:
  1. Jenis Dominan / Active – kesedaran sosial yang rendah dan suka menunjukkan superioriti dengan menindas orang lain.
  2. Jenis Bergantung /Passive- kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, kurang yakin, kurang sikap tanggungjawab 
  3. Jenis Mengelak /Passive- kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan suatu konflik, persepsi mereka cenderung ke arah pemikiran yang negatif
  4. Jenis Sosial / Active- mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan sebarang masalah,  tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan mereka turut senang bekerjasama dan mudah menyesuaikan diri.
Ibu bapa haruslah sentiasa muhasabah diri dalam mendidik anak-anak agar mampu melahirkan anak-anak yang bakal memimpin generasi akan datang. Ketegasan dalam mendidik anak-anak adalah satu kaedah yang penting iaitu untuk melaksanakan aspek kehidupan yang mengikut syara’. Apa yang ibu bapa perlu faham ialah “tegas” berbeza makna dengan “garang”. Contohnya, kita perlu tegas bila menyuruh anak-anak solat dan melakukan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah swt. Apa yang pasti ialah semejak anak-anak berusia 2 hingga 3 tahun kita telahpun berusaha untuk memberi galakan kepada mereka kearah mentaati Allah swt.
Tugas ibu bapa berikan penjelasan sebaiknya serta beri semangat dan motivasi untuk anak-anak membuat sesuatu kerana Allah swt bukannya kerana takutkan ibu, gerunkan ayah, atau takut kehilangan kasih sayang ibu ayah atau dendaan.  Jangan lupa untuk memberikan ganjaran, pujian serta pengukuhan positif sekiranya anak-anak berjaya melaksanakan sesuatu perkara. Ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus melakukannya dengan baik dari masa ke semasa. Sentiasalah memohon hidayah Allah swt dalam mendidik anak-anak. Mereka adalah aset masa depan yang sangat berharga, juga aset kita di akhirat kelak.
 
 
DOA ADALAH SENJATA MUKMIN...
 
MArilah sama-sama kita ringankan badan untuk bangun solat hajat memohon petunjuk, kasih sayang  serta rahmat Allah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kerana kadang-kadang kita buntu bila berdepan dengan konflik anak-anak dan Allah swt sebaik-baik tempat untuk kita mengadu, mengharapkan maghfirahNya dalam menelusuri rumahtangga kita. Mohonlah kesabaran dan kekuatan dalam mendidik mereka…..
 
Wallahu a’lam bissowab.