Sabtu, 11 November 2023

HATI Ini cuma RINDU: REDHA dengan Pemergian & Kehilangan orang tersayang

Kehilangan seseorang yang kita sayang sama ada melalui kematian terutamanya secara mengejut adalah sesuatu pengalaman yang amat perit. 22 Disember 2009, mak pergi secara mengejut akibat sesak nafas. SUNGGUH…Hilang separuh nyawaku yang ketika itu baru membina kerjaya di UiTM Shah Alam. Sesungguhnya perit dan rindu yang kami anak-anak alami saat itu, pastinya lebih perit lagi untuk abah hadapi kehilangan ISTERI selepas lebih 30tahun mengemudi rumahtangga bersama. Dari situ aku cari kekuatan dan serahkan seluruh jiwaku buat abah tersayang.  Hari berganti hari..minggu berganti minggu..bulan dan tahun berlalu.. 

Rumah baru Mak.. Tenanglah Mak disana...HATI Ini cuma RINDU..


Namun..selepas 14tahun abah hidup tanpa isteri, 10 Ogos 2023 lalu..abah pula meninggalkan aku..cucu-cucunya dan kami semua secara mengejut apabila abah terlibat kemalangan meninggal ditempat kejadian dihadapan masjid ketika hendak menunaikan solat Subuh (motosikal dilanggar dari arah belakang).. ALLAH… Luluh….Merintih hati dan jiwaku ini bila separuh lagi nyawaku pergi. Namun kakak, abang dan adikku masih bersamaku.. Syukur ya ALLAH.. dan kehilangan kali ini, aku ada suami dan anak-anak.. Dari situ aku cari lagi kekuatan dan serahkan seluruh jiwaku buat suami dan anak-anak. Ya…sejak itu, setiap kali SUBUH..perasaan sayu pasti menyelubungi diri dan membuat aku lebih dekat dengan ALLAH. Ya.. cara hidup abah yang banyak mengamalkan sunnah nabi memberikan kekuatan untuk aku mengamalkannya juga. BENAR…


Rumah baru Abah.. Tenanglah Abah disana...HATI Ini cuma RINDU..

Cuba berdamai dengan takdir.. Belajar sedikit demi sedikit untuk menerima kehilangannya.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI, TEGUHKAN SEMANGAT, KUATKAN TEKAD. 

Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula.

Tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak... mereka punya masa depan. Di tangan mu kini segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Rasullullah saw juga di uji. Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun Rasulullah saw redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

KATAKAN PADA DIRIMU…

Buat masa ini sibukkanlah diri mu. BERIBADAHLAH SEHINGGA KAU LETIH UNTUK MERASA SEDIH. Gembirakanlah hati mu. Carilah ilmu dan peluang kebaikan yang banyak bertaburan. KIRIMKAN KHABAR GEMBIRA (HADIAH) kepada kedua IBUBAPAMU atas setiap kebaikan yang kau lakukan.. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, sedekahkan AL-FATIHAH, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan.

Sentiasa bisikkan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. KITA CUMA HAMBA, PADA KITA CUMA USAHA, PADANYA SEGALA TAKDIR.. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. 

Bila terasa sepi, JANGAN katakan aku SEPI… tapi katakan.. pada ku SENTIASA ada PEMERHATI. Bila ujian semakin menghimpit diri, pejamkan matamu dan kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh ujian paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian. Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah yang penuh liku, tanpa ibu-bapa tetapi mampu menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabat Rasulullah. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. 

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi. 

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… SUBHANALLAH, TABAHNYA HATIMU YA RASULULLAH. KEMATIAN DEMI KEMATIAN, TETAPI KAU TERUS HIDUP DENGAN HATI YANG BERJUANG. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi NYALAAN OBOR perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  

SIAPALAH KITA UNTUK TERUS BERSEDIH DAN MERATAP KEMATIAN???

Untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? 

Ya, JANGAN BERGANTUNG KEPADA SELAIN-NYA Hanya bergantung kepada-Nya. LALU JIKA KINI KITA SEDANG DIUJI DENGAN KEMATIAN, KENANGKANLAH HIDUP KEKASIH ALLAH, RASULULLAH  s.a.w. Hayatilah dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya, agar terubat kesedihan di hati.

Berpadalah Meratapi Kematian Orang Tersayang. Banyakkan Doa dan Muhasabah, Kurangkan MENGENANG

Mengenang orang sudah tiada tidaklah salah tetapi jika dilakukan dengan perasaan takjub dan taksub, ia boleh membawa mudarat. Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Namun, itulah bezanya jiwa seorang Muslim dengan orang kafir dalam menerima kematian sebagai ujian di dunia semata.

Beruntunglah kalian yang masih punya ibuayah. Jagalah mereka, gembirakan selama mana mereka masih hidup, kerana itulah ladang PAHALA buat kalian.

Memberi nasihat memang mudah, yang mengalami sahaja merasainya.. Teruskanlah bermujahadah, tak mengapa jika kalah... TAPI JANGAN PERNAH MENYERAH.

ALFATIHAH BUAT MAK ABAH... 

Ibuku: ROKIAH BINTI RAMLI (03-04-1957~22-12.2009) - (52Thn)
Abahku: ISMAIL BIN ZAKARIA (02-04-1952~10-08.2023) - (71Thn)

HATI Ini cuma RINDU
BERDAMAI dengan TAKDIR

WASSALAM..






Selasa, 27 Disember 2022

Kehebatan Istighfar

إستغفار



astaghfirullah

 "Ampuni aku ya Allah".

FIRMAN Allah yang bemaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)



Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:

Memudahkan rezekinya

Memudahkan urusannya

Menjaga kekuatan jiwanya

Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”






Khamis, 11 November 2021

Banyak Dosa Gara2 SOSMED? Membuka Aib Orang Lain di Media Sosial???

 Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.



Lihat ke dalam diri kita, LIHAT..berapa banyak aib kita yang ALLAH sembunyikan??

Dengan itu kita nampak mulia dan baik dimata umum.. 

sedangkan hakikatnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

BERHENTILAH mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan serta kelemahan mereka..

ALLAH... takutnya dengan kemurkaan ALLAH...

JOM Nilai diri sendiri.. KES COVID.. apa kita dah buat?? Apa aku dah buat nih?? anak-anak tak dapat p skolah? Ramai yg kena berenti kerja ni? Ramai yg mati, sakit dan sebagainya???

JIKA kita sibuk nilai diri kita, nescaya KITA takkan sempat nak intai hal orang lain…apa lagi nak BUKA AIB org lain.

Aib orang kita dedah. Aib sendiri kita sembunyi. 

Ingatlah, ALLAH maha mengetahui segala di langit & di bumi.


🌹Rozaina Ismail🌹

BERSABIT HADIS: KITA MASUK SYURGA BUKAN KERANA AMALAN KITA.. TETAPI KERANA RAHMAT ALLAH...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja boleh menambah amal kebaikannya, dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya) semoga boleh menjadikannya dia bertaubat.” (Sahih Bukhari, no. 5241)

ALLAH... takutnya dengan kemurkaan ALLAH...

Jangan kita pandang kecil pada dosa-dosa kecil, manatahu DOSA yang kecil itulah yang sangat dipandang oleh ALLAH dan buat ALLAH sangat murka…

Jangan kita pandang kecil pada pahala yg kecil manatahu PAHALA yang kecil itulah yang paling ikhlas yang kita dapat buat yang paling dipandang oleh ALLAH hingga menjadi asbab kita masuk ke syurga ALLAH..inshaaALLAH..


Ciri-ciri Penghuni SYURGA...

Penghuni syurga kelak tidak bercakap perkara sia-sia, menyakiti hati orang lain serta berbohong.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa. Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat! (daripada satu kepada yang lain).” (Surah al-Waaqi’ah, ayat 25-26)

🌹Rozaina Ismail🌹


Sabtu, 19 September 2020

SYUKUR: SIHAT itu REZEKI

Pada umur 6bulan 13hari... Nuha Aafiyah warded di Avisena Hosp.. Diarrhea.. 

Saat ini, bermuhasabah diri betapa SIHAT itu REZEKI yang mesti disyukuri...

Rasulullah saw bersabda:

خير الناس من طال عمره وحسن عمله وشر الناس من طال عمره وساء عمله 

Sebaik baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya dan seburuk buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk pula perbuatannya.

Dalam kehidupan kita sehari-hari bahkan kita dimanja dengan nikmat umur. Akan tetapi alangkah indah dan baiknya kita lebih baik meminta umur yang berkah, dibanding meminta umur panjang..

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (٧)

“Jika engkau bersyukur, maka sungguh Allah akan menambahkan nikmat-Nya, dan jika kamu kufur maka sungguh azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7).


Konsep rezeki itu amat luas. Dalam tidak sedar, kebanyakan kita ‘terkurung’ dalam definisi rezeki itu mestilah duit dan harta semata sehingga terkadang kita lupa untuk mensyukuri rezeki lain yang ada di depan mata. Walau tidak kaya dan berharta, namun jika diberikan kesihatan yang baik, tidak pernah jatuh sakit kritikal – ternyata kamulah manusia paling beruntung!


Syukur nikmat dilakukan dengan hati, lisan, dan anggota badan. Syukur hati dilakukan dengan cara meyakini bahwa Allah Ta’ala adalah satu-satunya Dzat yang memberinya kesihatan. Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dan melafalkannya serta memuji Allah Ta’ala, misalnya dengan mengucapkan alhamdulillah.

Adapun syukur dengan anggota badan dilakukan dengan mempergunakan nikmat kesihatan itu dalam perkara-perkara ketaatan dan menghindarkannya dari kemaksiatan.


Manfaatkanlah masa sihat, sebelum datang masa sakit.

Semangat dalam menjalankan kebaikan dan hal-hal yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat di saat sehat, itulah yang dituntut dari diri kita masing-masing. Sungguh, benar-benar tertipu orang yang mempergunakan waktu sihat untuk bermaksiat dan hal-hal yang tidak bermanfaat.

Kos perubatan pada zaman sekarang bukan ‘kecil-kecil anak’. Berapa ramai orang yang tidak mampu meneruskan rawatan sepatutnya hanya kerana tidak mampu untuk membayar bil ubat dan hospital. Apatah lagi bagi mereka yang tidak dilindungi insurans. Ada juga orang kaya yang menghabiskan hartanya di usia tua dengan membayar kos rawatan kesihatannya saja.

Rezeki Sihat Perlu Disyukuri

🌹Rozaina Ismail🌹

20.09.2020

Ahad, 12 April 2020

Jauhi dari ISTIDRAJ: Nikmat diberi Azab menanti

Tak sembahyang tapi exam cemerlang..
Tak solat tapi gaji berlipat-lipat..
Tak tutup aurat tapi bisnes meningkat..
Tak puasa tapi rumah dua tiga
Tak berzakat tapi selalu naik pangkat..
Tak hormat ayah ibu tapi duit beribu-ribu..


Ketahuilah bahwa salah satu dari taqwa adalah Allah  akan memberi jalan keluar dan membukakan pintu rezeki. Allah berfirman : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangkanya (Q.S ath Thalaq 2-3).

Tapi agak sering kita menyaksikan berapa banyak manusia yang secara zahir mendapat  rezeki berupa harta yang banyak meskipun dia  jauh dari Allah Ta’ala. Terkadang juga semakin jauh dia dari ketaqwaan semakin bertambah pula rezekinya.

Rasullulah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah”
(Hadis Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Disekeliling kita.. Ada golongan manusia yang taat kepada perintah ALLAH dan meninggalkan larangan ALLAH, tetapi dia hidup dalam kesempitan manakala ada pula golongan bergelumang dosa, namun memperoleh nikmat kesenangan.. hati2.. Nikmat kesenangn seperti itu lah ISTIDRAJ..

Sehingga ada yang dengan bangga berkata..

"Sis, aku tengok kau susah payah dari bilik ke surau pagi ptg malam pegi solat, satu ape pun kau tak dapat. Penat aje kot. Aku ni dah lama giler tak pegang sejadah tapi still 4flat result exam aku. Siap dapat biasiswa lagi. Belum kira untung bisnes online aku tu lagi. Aurat pun aku tak tutup macam kau bertudung labuh bagai tapi aku masih senang dan bahagia sis.. "

ISTIDRAJ VS KURNIAAN dari ALLAH s.w.t

KURNIAAN ALLAH..biasanya di sertakn sebelum dan selepasnya dengan ketaqwaan, kebaikan dan ketaatan kpd ALLAH...
Hal ini seperti seseorang yang rajin melakukan solat malam, rajin bersedekah, rajin melakukan Solat Dhuha, kemudian Allah SWT melimpah ruahkan rezekinya.. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah..

Namun orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada perintah-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan ISTIDRAJ..



Sebab tu jangan sesekali terdetik rasa selamat, bangga bila...
Tiap kali tinggal solat, tinggi suara dengn parent, aniaya kawan2, buat fitnah dan lain² hal kemaksiatan...tapi result exam tiptop, dean list.. dapat rezeki itu ini, ramai orang sayang, tak pernah sakit, tak pernah rasa susah..

Jika keadaan ini terjadi maka inilah MOMENT YANG PALING PENTING UNTUK MELAKUKAN MUHASABAH ATAU INTROSPEKSI DIRI. Segeralah memohon ampun dan bertakwa kepada Allah Ta’ala.  Barangkali ini adalah istidraj yang pada waktunya mendatangkan kebinasaan yang amat sangat.

ALLAH izinkn berlaku sebab ALLAH nak beri siksa yang pedih dihari pembalasan kelak..Nauzubillahiminzalik..

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ALLAH s.w.t. Aamiin...

Insya Allah ada manfaatnya untuk kita semua. Wallahu A’lam
🌹RBI🌹
12.04.2020

Sabtu, 23 Februari 2019

Ukhwah fillah... Hidup ini terlalu singkat, jadi BERBAHAGIA lah dalam perSAHABATan...

Manusia seringkali terlupa bahawasanya kehidupan yang dikurniakan kepada mereka ini hanya sekali. Tidak dua kali. Dan tidak tiga kali.

Orang yang bijak dan orang yang tahu hakikat kehidupan ini tidak akan berfikir "Aku memiliki masa yang banyak untuk hidup” dan dengan sebab itu mereka akan mengunakan setiap detik yang dikurniakan dengan sebaik mungkin.

Senyumlah selalu dan berfikir positif...
Jangan ingin selalu menang..
Jangan sakiti sesama sendiri..
Jangan suka mengeluh..
Jangan suka mencela..
Jangan suka memfitnah..

Hiduplah dengan ceria..
Banyakkn waktu untuk berkumpul dengan sahabat dan saudara dengan damai..

Buanglah jauh-jauh sifat ego ..
Bersahabatlah dengan apa adanya..
Bukan kerana ada apanya..
Nikmati semua gurau senda..
Hargai semua perbezaan pendapat..
Percaya kemampuan sahabat kita..
Jaga perasaannya...
Tutup aibnya..

Jangan sesekali berprasangka terhadapnya..
Bantu ketika dia rebah..
Sediakan bahu ketika dia menangis..
Tepuk tangan ketika dia berjaya..
Sebut namanya dalam doa kita..

Bukan iri ketika dia dipuji orang...
Bukan bahagia saat tahu dia sedih..
Bukan kecewa ketika dia berjaya..
Bukan ketawa saat dia menderita..

Bersahabatlah dengan hati yang baik dan tulus..

Ketika hatimu baik dan tulus..
PERCAYALAH...
ALLAH juga akan selalu bersama dengan kita..

Mari ber SAHABAT sehingga ALLAH menjemput kita pulang kehadiratNya

“….Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (pangilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.” (QS. al-Hujuraat: 11-12).


UKHWAH FILLAH...