Rabu, 29 Oktober 2014

JAGALAH HATIMU...IA MILIK ALLAH!!

Apabila hati resah... pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau tegahan Allah yang telah dilanggar, atau kedua-duanya sekali.

Beristigfarlah... kemudian paksa hati dan anggota untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.



Ingatlah wahai diri, melakukan taat lebih mudah berbanding melakukan maksiat. Jika taat itu pedih... maksiat itu lebih pedih!

Hati seorang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria...Manakala hati orang fasiq ialah hati yang sakit dan resah....
Rasulullah pernah bersabda "Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu"

Ada empat tahap virus dosa merosakkan hati manusia
 

1) Rasa bersalah dgn dosa
Pertama kali membuat dosa..hati akan diburu rasa bersalah..fitrah manusia itu sendiri...

2)Rasa biasa dengan dosa
namun..jika berulang kali membuat dosa..rasa bersalah akan hilang sedikit demi sedikit..akhirnya hati itu terbiasa dgn dosa..

3)rasa seronok dengan dosa
dosa itu racun yg disalut kemanisan dan keindahan...
pada tahap ini manusia akan ketagih dgn maksiat dan kemungkaran..

4)jadi pembela kepada dosa
keseronokan pada dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya...di tahap KRONIK ini, hati akan menjadi buta..
ALLAH berfirman "dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya"[surah al-Isra'17:22]
Bagaimana nak kesan penyakit hati ini...


"Sebahagian drpd tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya satu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat satu pelanggaran dosa"
Lazimilah mencapai al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ianya pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan..Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati...

Selain itu, rawatlah hati dgn solat..
Berkata seorang ulama bernama Hakim.
"Jika kamu ingin ALLAH "bercakap" dgnmu, bacalah al-Quran kerana al-Quran itu ialah ayat-ayat ALLAH yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu ingin "bercakap" dengan ALLAH, maka dirikanlah solat kerana solat itu hakikatnya adalah doa, pengaduan dan pujian dan rintihan seorang hamba kepada ALLAH"..

Dengan mengingati mati juga kita boleh merawat hati..kerana hati yang mengingati mati akan hidup, hati yg melupakan mati akan mati...Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat...

Akhir kata...berhati-hatilah menjaga hati, jangan sampai kita kehilangannya...