Sabtu, 7 November 2015

Dasyatnya Doa ketika Duduk Di antara Dua Sujud...

Ketika orang ditanya,
“do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim?”,

Banyak yang menjawabnya dengan salah dan tidak tepat. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a tersebut, ramai yang tidak merasa berdo’a. Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimal 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah
DO’A DIANTARA DUA SUJUD. Marilah kita renungi maksudnya :

√ ROBBIGHFIRLII,
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju keredhaan Allah SWT. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII,
Sayangilah diriku. Kalau kita disayangi Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII,
Tutuplah segala kekuranganku. Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII,
Tinggikanlah darjatku. Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.

√ WARZUQNII,
Berikanlah aku rezeki, sebagai hamba Allah kita amat memerlukan rezki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINII,
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.

√ WA ’AAFINII,
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”

√ WA’FU-ANNII,
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.

Aamiin Allaahumma Aamiin.



Allah memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita, menurut logiknya do’a tersebut pasti dikabulkan In Syaa' Allaah.

TAPI PERSOALANNYA,
“DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU...?”

RASULULLAH SAW MENGINGATKAN KITA BAHAWA,
“ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DO’A YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.”

Bacalah dgn penuh kesedaran, khusyu' dan tidak tergesa2 ketika duduk diantara dua sujud.

Sabtu, 31 Oktober 2015

JADILAH SEPERTI MATA LEBAH BUKAN SEPERTI MATA LALAT...

 
6 TIPS BERSANGKA BAIK

DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.

Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat..

Sekadar perkongsian..
Salam sayang..

-Rozaina Ismail-

hatimu):

Rabu, 7 Oktober 2015

Aku KASIH....Aku SAYANG... Aku CINTA... AKu Rindu....

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.     Melaksanakan perintah Allah.
2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10.   Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11.   Allah akan menutupi segala dukacita.
12.   Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13.   Mendapat darjat al-Sidq.
14.   Ditunaikan segala hajat.
15.   Salam sejahtera pada hari kiamat.
16.   Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.   Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18.   Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19.   Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.   Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21.   Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.   Tidak akan merasai fakir.
23.   Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24.   Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.   Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26.   Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.   Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28.   Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.   Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.   Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31.   Mendapat keberkatan daripada Allah.
32.   Mendapat kesempurnaan iman.
33.   Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34.   Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  36.   Teguh pendirian dengan kebenaran.
37.     Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.     Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39     Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40.     Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41.     Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42.    Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Sumber: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN (http://www.muftins.gov.my) 


Rabu, 17 Jun 2015

Bulan Ramadhan – Dimanakah Kedudukan Kita ?


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Moga puasa tahun ini luar biasa berbanding tahun-tahun yang lalu, diampunkan segala dosa kita sekaligus menempah syurga idaman daripadaNya yang Maha Agung.

POSISIKAN RAMADHAN KITA DENGAN FORMASI YANG BETUL

Apa sahaja yang kita lakukan mesti ada MATLAMAT yang jelas & STRATEGI yang betul..baik dalam ibadah, pekerjaan, perniagaan, kekeluargaan, perlawanan atau permainan dsb..
Setkan matlamat atau impian jelas..
Aturkan strategi jangka panjang dan jangka pendek..mulakan dgn yg mudah..
Selebihnya buat je secara istiqomah..

BERSYUKUR dengan NIKMAT...
BERSABAR dengan MUSIBAH...

Semoga mendapat keberkatan dan Redha Allah..

Ahad, 7 Jun 2015

HIKMAH MUSIBAH

Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi,maka mereka mesti melihat dengan mata hati,dan memikirkan dengan akal,agar tercungkil hikmahnya.Jika tidak,itu petanda penglihatan hati tidak jauh,akal yang pendek"

Kali ini saya cuma ingin memetik beberapa kata-kata perangsang bagi diri,teman dan sesiapa sahaja yang merasakan dirinya ditimpa musibah.Musibah itu mungkin merupakan kematian yang tersayang seperti suami,anak,ibu,ayah dan lain-lain insan,kemiskinan,kegagalan,kekalahan melanda diri,mungkin hati kecil kita tertanya-tanya,mengapa?
Orang yang sedang ditimpa penyakit tidak perlu dicekam rasa takut selama ia mentauhidkan Allah dan menjaga shalatnya. Bahkan, meskipun di masa sehatnya ia banyak berkubang dalam dosa dan maksiat, karena Allah itu Maha Penerima taubat sebelum ruh seorang hamba sampai di kerongkongan. Dan sesungguhnya di balik sakit itu terdapat hikmah dan pelajaran bagi siapa saja yang mau memikirkan-nya,

Apabila mereka(sahabat) ditimpa musibah mereka akan berkata:"Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa musibah atau kesusahan,mereka berkata"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan Allah jualah tempat kami kembali"-Al Baqarah:156.Mereka(para sahabat)yakin setiap perintah Allah itu semuanya bermaksud baik belaka.Dan mereka juga meyakini sesungguhnya setiap musibah pasti ada hikmahnya.
Allah SWT telah menegaskan dalam sebuah hadith qudsi,maksudnya:
"Wahai Anak Adam,jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama,maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga"Riwayat Ibn Majah no 1597.
Tidak dinafikan,tidak salah bersedih apabila ditimpa musibah.Tidak salah merasa menderita ketika mentaati perintah Allah.Namun,jangan membantah dengan sombong.Dan jangan bersedih yang keterlaluan.Alangkah malangnya bagi seseorang yang ditimpa musibah tetapi dia tidak menerimanya dengan redha kerana mereka mendapat dua kerugian besar.Pertama,menderita oleh musibah itu.Kedua,terluputlah hikmah dan pahala yang boleh dikaut berikutan musibah itu.
Supaya Gelisah Bernilai Ibadah,dekatkanlah diri dengan Tuhan.Terimalah ketentuanNya dengan sabar dan redha.Terimalah walau sepahit dan sepayah manapun,hakikatnya semua yang ditentukan Allah buat kita adalah yang terbaik.Sesungguhnya ada jannah di sebalik musibah!Beruntunglah kerana terpilih dan jangan persiakan peluang tersebut.
Bila Allah Menduga Kita,sudah pasti ada sebabnya.Namun kita sebagai hamba pastinya gelisah tetap ada.Supaya Gelisah Bernilai Ibadah,redha dan syukuri ketentuan Allah,hikmah musibah tidak diserlah,namun dengan seteguh tekad teruskan kehidupan.

Rabu, 6 Mei 2015

Jagalah Allah, Allah akan menjaga mu!

Firman Allah SWT, “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Surah Al-Dzariyat: 56)

Apa yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat Al-Quran itu adalah tentang satu-satunya tujuan hidup manusia di dunia ini. Sesungguhnya manusia dihidupkan di dunia ini bukan semata-mata untuk makan, minum dan tidur, tetapi satu-satunya tujuan hidup kita hanyalah untuk memenuhi satu tujuan dan satu matlamat iaitu menyembah Allah, Tuhan semesta alam.

Allah, Dialah satu-satunya Tuhan yang layak disembah seperti mana yang terkandung di dalam ucapan Tauhid ataupun ucapan Syahadah kita; Laa-Ilaaha-illa-Allah (Tiada Tuhan kecuali Allah), iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Apa yang dimaksudkan dengan Laa Ilaaha illa Allah bererti segala urusan ibadah seperti solat, puasa, sedekah, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, memohon, menyeru, bergantung harap, tawakkal atau apa juga ibadah; tiada yang berhak untuk kita lakukan ibadah-ibadah ini kecuali hanya kepada Allah SWT.

BERDOA, TAWAKKAL HANYA PADA ALLAH

Nabi SAW bersabda, “Doa itu adalah ibadah” (Sahih. Abu Dawud dan Al-Tirmizi). Maka jangan sesekali kita berdoa kecuali hanya kepada Allah SWT. Seperti mana perintah Allah di dalam Al-Quran, “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir: 60)

Dengan ini kita ingin menekankan tentang betapa perlunya kita sama ada ketika berdepan dengan musibah dan ujian, juga ketika senang, hendaklah kita serahkan urusan dan takdir kita kepada Allah SWT semata-mata.

Ketahuilah, tiada yang mampu mengangkat musibah kita, tiada yang mampu menolong kita kecuali Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan sekalian alam yang telah menciptakan langit dan bumi, bahkan segala urusan tadbir di dalam alam ini adalah di bawah kekuasaanNya. Tiada Tuhan yang lain, tiada kuasa yang lain melainkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Seperti mana sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.”

Rabu, 18 Februari 2015

Cara Mencintai Islam Ialah Dengan Memperjuangkannya



Cara mempertahankan Islam ialah dengan mengamalkannya. Cara mencintai Islam ialah dengan memperjuangkannya. Inilah hakikatnya.

Namun, berapa ramai orang Islam yang mengaku mempertahankan Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara sepenuhnya dan menyeluruh.



Mana yang dirasakan sesuai dengan kehendaknya, diterima dan diamalkan. Manakala yang dirasakan merugikan dan mengancam kedudukan, dipinggirkan.

Sebab itu, kita lihat ramai yang begitu marah dengan Zionis kerana menyerang Islam, tetapi tingkah laku dan cara hidup mereka persis musuh yang mereka benci itu.

Betapa ramai pula yang mengaku mencintai Islam tetapi membiarkan Islam dihina dan dipersenda. Apalagi menyerang balas, mempertahankannya pun tidak mahu.

Sedangkan, kata Hasan al-Banna, “Kemanisan beragama hanya dapat dirasai oleh orang yang memperjuangkannya.” Bagaimana kita boleh mencintai Islam sekiranya kita tidak merasai kemanisannya dan bagaimana pula kita akan dapat kemanisannya tanpa memperjuangkannya?

Perangi musuhmu dengan senjata kasih sayang. Dengan kasih sayang kita bukan sahaja menawan fikiran tetapi yang penting dapat menawan hati. Betapa ramai, orang yang menang hujah, tetapi tetap ditolak kerana hati orang yang dihadapinya tidak tertarik dengan akhlaknya. Berapa ramai pula orang yang kalah hujah tetapi menang pengaruh kerana akhlaknya yang menawan.

Melalui sejarah perjuangan Rasulullah SAW kita boleh melihat dan merasai betapa indahnya praktik Islam dalam menghadapi pelbagai situasi dan kondisi. Islam tidak perlu disesuaikan mengikut zaman kerana Islam memang sesuai untuk sepanjang zaman. Realiti budaya, bahasa dan bangsa yang berbeza bukan alasan untuk menolak Islam. Islam itu mesra budaya, bangsa, bahasa dan warna kulit.

Komputer dicipta agar bersifat “user friendly”. Bentuk, sifat dan cara pengendaliannya memang untuk memudahkan. Manusia tidak kira apa latar belakangnya, mudah belajar mengggunakannya. Bayangkan, itu hanya komputer yang dicipta oleh manusia yang punya pelbagai kelemahan. Sedangkan Islam ialah ciptaan Allah, Yang Maha Sempurna. Islam tidak ada sebarang cela dan kecacatan. Percayalah, jika Islam dilihat tidak indah, maka mata hati yang melihat itulah yang tidak indah.

Islam merupakan pasangan hidup manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa Islam, akan berlaku kepincangan dan kekosongan. Hidup beragama tidak boleh diganti dengan hidup berharta dan berkuasa.

Adalah wajar umat Islam meniru dan belajar strategi Rasulullah SAW dalam perjuangan Baginda menegakkan Islam. Di tahap pertama perjuangannya (di Makkah) Baginda terlebih dahulu membina kekuatan iman dan takwa di dalam diri pengikutnya. Di peringkat ini, fokus Baginda hanyalah pada pembinaan kekuatan dalaman. Ketika ini walaupun ada serangan dalam bentuk fizikal hingga ke peringkat membunuh, Rasulullah tidak melawan walaupun ada sahabat yang terkorban.

Apabila penyeksaan sudah keterlaluan, Baginda mengarahkan beberapa orang sahabat berhijrah ke Habsyah dan kemudiannya Baginda sendiri berhijrah ke Madinah. Pada peringkat awal di Kota Madinah, Baginda memperkukuhkan tali persaudaraan dan kekuatan perpaduan dengan pembinaan masjid dan membina suasana aman dengan memeterai Piagam Madinah. Kekuatan ekonomi mula dibina dan sistem hidup yang memerlukan pelbagai kepakaran mula diterokai.

Apabila kekuatan Islam mula terserlah dan musuh terus mencabar, barulah Rasululah SAW mengangkat senjata dan berlakulah beberapa siri peperangan. Mula-mula peperangan Badar, kemudian Uhud dan akhirnya Khandak. Keberanian dan kepakaran dalam bidang ketenteraan tidak menggangu kecintaan Rasulullah SAW kepada perdamaian. Lalu berlakulah perjanjian Hudaibiyah.

Rasululah SAW berani berperang dan berani berdamai. Malah dalam kedua-dua keadaan tersulam satu kebijaksanaan, kejujuran dan kekuatan yang tidak dapat ditandingi. Akhirnya, dengan hati yang bertakwa, pemikiran yang strategik dan persediaan fizikal yang mantap, Makkah berjaya dibebaskan dan Islam tersebar di seluruh Jaziratul Arab.
Islam telah pernah menukar umat Arab jahiliah yang ganas, mungkar dan tidak berketerampilan menjadi satu bangsa yang agung dan bertamadun. Tetapi dengan syarat, Islam yang diyakini ialah Islam yang sebenar dan sempurna, bukan Islam yang terserpih dan tercemar. Islam yang mampu memberi kekuatan ialah Islam yang tergabung secara bersepadu antara persoalan akidah, syariah dan akhlak.

Jadi, untuk menambah kekuatannya, umat Islam mesti serius dengan agamanya. Keunggulan Islam tidak sepatutnya diterima dari sudut teori tetapi mesti diamalkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh bidang kehidupan dan sistem hidup. Hasil pengamalan Islam secara total ini akan melahirkan hubungan yang lebih akrab dengan Tuhan (takwa), hubungan yang rapat sesama manusia (akhlak) dan kecemerlangan dalam seluruh bidang kehidupan (itqan). Takwa, akhlak dan itqan ialah tiga kekuatan rohaniah yang perlu diterokai dan dicapai oleh umat Islam masa kini.

Benarlah apa yang diucapkann oleh al-Hasan al-Basri bahawa, “Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan….”[1] Umat Islam bukan umat “kambing gurun yang bertanduk panjang” – menempah tragedi dengan kelemahan dan kebodohan tetapi umat yang meniru strategi Rasul-Nya yang penuh kebijaksanaan (fatanah) dan keberanian (syaja’ah). Bukan sahaja berani tetapi bijak dalam menilai, membuat pertimbangan dan akhirnya bertindak.