Sabtu, 31 Oktober 2015

JADILAH SEPERTI MATA LEBAH BUKAN SEPERTI MATA LALAT...

 
6 TIPS BERSANGKA BAIK

DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.

Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat..

Sekadar perkongsian..
Salam sayang..

-Rozaina Ismail-

hatimu):

Rabu, 7 Oktober 2015

Aku KASIH....Aku SAYANG... Aku CINTA... AKu Rindu....

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.     Melaksanakan perintah Allah.
2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10.   Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11.   Allah akan menutupi segala dukacita.
12.   Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13.   Mendapat darjat al-Sidq.
14.   Ditunaikan segala hajat.
15.   Salam sejahtera pada hari kiamat.
16.   Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.   Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18.   Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19.   Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.   Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21.   Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.   Tidak akan merasai fakir.
23.   Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24.   Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.   Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26.   Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.   Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28.   Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.   Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.   Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31.   Mendapat keberkatan daripada Allah.
32.   Mendapat kesempurnaan iman.
33.   Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34.   Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  36.   Teguh pendirian dengan kebenaran.
37.     Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.     Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39     Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40.     Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41.     Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42.    Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Sumber: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN (http://www.muftins.gov.my)