Khamis, 14 Januari 2016

ANAK-ANAK MENCERMINKAN DIRI KITA...

Mari kita didik anak2 dengan tegas, tapi mestilah dengan penuh kasih sayang....

 
Jika anak-anak hidup dalam penipuan,
mereka akan belajar bersikap tidak jujur..
Jika anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika anak-anak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika anak-anak hidup  dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak-anak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika anak-anak hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika anak-anak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia.
Jika anak-anakhidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.
Jika anak-anak hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar kasih sayang.
Jika anak-anak hidup dalam keriangan & kebhgiaan,
mereka akan belajar untuk mbahagiakan orang lain...
 
Anak-anak adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai yang ALLAH pinjamkan pada kita di DUNIA ini.. sebagai medium untuk kita mengutip pahala serta buat bekalan di AKHIRAT nanti.
 
Kita sering terlupa... sebenarnya.. ANAK-ANAK membesar dengan meneladani atau mencontohi sikap..tngkahlaku ibubapa dari pandangan mata kecil mereka mereka yang jernih... 
 
Ada dikalangan ibu bapa yang selalu mendominasi iaitu bersikap autokratik akan memastikan anak-anak mereka mengikut segala arahan dan akan marah sekiranya anak-anak tidak mengikut dan melaksanakan arahan tersebut. Sikap ini menjadikan anak-anak bersikap dominan, memberontak dan suka membuli kanak-kanak yang lain. 
 
Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak pula akan berdepan dengan kesan anak-anak yang pasif dan terlalu bergantung. Anak-anak ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dan mengharapkan ibu bapa dalam semua keadaan dalam kehidupan.
 
Ibu bapa yang terlalu memberikan kebebasan dan tidak membimbing serta mendidik  anak-anak mereka pula akan berdepan dengan anak-anak yang tiada keyakinan diri dalam menghadapi konflik serta selalu membuat tafsiran yang negatif.  
 
Manakala ibu bapa yang selalu bertoleransi, bersikap demokrasi iaitu sentiasa berbincang, mencari persetujuan dan kata sepakat akan melahirkan anak-anak yang sangat positif, berkeyakinan diri dan mampu memimpin masyarakat.
 
Kesinambungan dari gaya pendidikan ibu bapa akan memberikan kesan gaya hidup kepada anak-anak iaitu:
  1. Jenis Dominan / Active – kesedaran sosial yang rendah dan suka menunjukkan superioriti dengan menindas orang lain.
  2. Jenis Bergantung /Passive- kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, kurang yakin, kurang sikap tanggungjawab 
  3. Jenis Mengelak /Passive- kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan suatu konflik, persepsi mereka cenderung ke arah pemikiran yang negatif
  4. Jenis Sosial / Active- mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan sebarang masalah,  tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan mereka turut senang bekerjasama dan mudah menyesuaikan diri.
Ibu bapa haruslah sentiasa muhasabah diri dalam mendidik anak-anak agar mampu melahirkan anak-anak yang bakal memimpin generasi akan datang. Ketegasan dalam mendidik anak-anak adalah satu kaedah yang penting iaitu untuk melaksanakan aspek kehidupan yang mengikut syara’. Apa yang ibu bapa perlu faham ialah “tegas” berbeza makna dengan “garang”. Contohnya, kita perlu tegas bila menyuruh anak-anak solat dan melakukan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah swt. Apa yang pasti ialah semejak anak-anak berusia 2 hingga 3 tahun kita telahpun berusaha untuk memberi galakan kepada mereka kearah mentaati Allah swt.
Tugas ibu bapa berikan penjelasan sebaiknya serta beri semangat dan motivasi untuk anak-anak membuat sesuatu kerana Allah swt bukannya kerana takutkan ibu, gerunkan ayah, atau takut kehilangan kasih sayang ibu ayah atau dendaan.  Jangan lupa untuk memberikan ganjaran, pujian serta pengukuhan positif sekiranya anak-anak berjaya melaksanakan sesuatu perkara. Ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus melakukannya dengan baik dari masa ke semasa. Sentiasalah memohon hidayah Allah swt dalam mendidik anak-anak. Mereka adalah aset masa depan yang sangat berharga, juga aset kita di akhirat kelak.
 
 
DOA ADALAH SENJATA MUKMIN...
 
MArilah sama-sama kita ringankan badan untuk bangun solat hajat memohon petunjuk, kasih sayang  serta rahmat Allah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kerana kadang-kadang kita buntu bila berdepan dengan konflik anak-anak dan Allah swt sebaik-baik tempat untuk kita mengadu, mengharapkan maghfirahNya dalam menelusuri rumahtangga kita. Mohonlah kesabaran dan kekuatan dalam mendidik mereka…..
 
Wallahu a’lam bissowab.