Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani
Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan
daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu
mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq
al-Anwar’:-
1.
Melaksanakan perintah Allah.
2.
Bersamaan dengan selawat Allah
kepada Rasulullah s.a.w.
3.
Bersamaan dengan selawat para
malaikat.
4.
Mendapat ganjaran sepuluh kali
selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat
daripada Allah bererti rahmat).
5.
Dikurniakan oleh Allah sepuluh
darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.
Dituliskan oleh malaikat
sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh
kejahatan atas setiap selawat.
8.
Segala doa akan diperkenankan
oleh Allah.
9.
Mendapat syafaat daripada
Rasulullah s.a.w.
10.
Mendapat keampunan Allah serta
akan ditutup segala keaiban.
11.
Allah akan menutupi segala
dukacita.
12.
Dikurniakan maqam hampir kepada
Rasulullah s.a.w.
13.
Mendapat darjat al-Sidq.
14.
Ditunaikan segala hajat.
15.
Salam sejahtera pada hari
kiamat.
16.
Allah dan para malaikat akan
berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.
Mendapat khabar gembira
daripada Allah dengan balasan syurga.
18.
Salam sejahtera pada huru-hara
hari kiamat.
19.
Rasulullah s..a.w. akan
menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.
Mudah mengingat semula
perkara-perkara yang lupa.
21.
Mendapat kedudukan yang baik
pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.
Tidak akan merasai fakir.
23.
Terpelihara daripada dihinggapi
sifat bakhil.
24.
Mendapat kesejahteraan daripada
doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.
Selawat akan menjemput setiap
pengucapanya ke jalan syurga.
26.
Menjauhkan seseorang itu
daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan
Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.
Berselawat menyempurnakan kalam
pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu
dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28.
Selamat melintasi titian Sirat
al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.
Disambut oleh Allah pada hari
kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.
Mendapat balasan rahmat yang
luas daripada Allah.
31.
Mendapat keberkatan daripada
Allah.
32.
Mendapat kesempurnaan iman.
33.
Kasih dan cinta kepada
Rasulullah s.a.w.
34.
Mendapat hidayah Allah dan
dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca
akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan
kebenaran.
37.
Berselawat bererti kita
menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping
itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan
mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.
Berselawat juga bererti
zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39 Berselawat bererti melengkapkan
pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan
kepada diri sendiri.
40.
Antara kelebihan yang paling
hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di
dalam jiwanya.
41.
Dikurniakan oleh Allah maqam
seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat
kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Sumber: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN (http://www.muftins.gov.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan